Saturday, 29 October 2011

Freshie baru lebih menghargai..


Semalam, setibanya aku ke ward untuk memulakan syif malam, tiba-tiba freshie2 junior datang kepada ku sambil memberi sebungkus ‘chicken chop’.

“Akak, ini ada chicken chop untuk akak, hadiah dari kami, syukurlah kak, gaji pertama kami dah masuk, lega rasa kami”, kata Ann, freshie baru dari Melaka.

“Ini juga sebagai hadiah kerana penat lelah akak mengajar kami tempoh hari, hehe” Su pula menyampuk dari belakang. Yang lain-lain, seramai 5 orang semuanya, menguntum senyum pada aku.

Terkedu aku sebentar. Rasa-rasa tak pernah aku minta apa-apa dari mereka. Penat lelah aku mengajar mereka sepanjang 3 bulan lepas, adalah ikhlas semata-mata. Bukan setakat penat, malah geram dan bosan pun ada. Mana tidaknya, dengan tugas aku sebagai jururawat di unit icu yg sentiasa sibuk, terpaksa mengajar freshie baru lagi.. kalu ada apa-apa yang tak betul, aku juga yang dipertanggungjawabkan.. aduhai. Tapi itu aku anggap dah jadi asam garam bagi aku sebagai seorang senior di ICU ward.

Dulu aku pun pernah jadi freshie dan junior juga, tapi kalau nak bandingkan dengan junior baru ni, mereka lebih untung. Apa tidaknya, pendekatan yang mereka terima sewaktu orientasi adalah lebih sistematik dari masa aku dulu. Masa tu, senior aku garang-garang, pantang buat salah sikit, habislah aku. Balik ke rumah sewa, air mata jadi teman setia. Ibu di kampong jadi tempat mengadu atau luahkan perasaan aku.

Walaupun begitu, aku tidak nafikan peri pentingnya orientasi ini kepada freshie baru dan antara tujuannya;
  • Memberi pendedahan menyeluruh terhadap polisi dan standard dalam perawatan.
  • Mengerah segala prinsip asas dalam penyediaan pelatan dan perubatan.
  • Persediaan daripada era pembelajaran kepada era perawatan professional.

Antara topik tambahan yang disediakan pula;
  • Kawalan jangkitan kuman
  • Pengurusan kualiti dan keselamatan pesakit
  • Membuat keputusan secara berkumpulan
  • Perhubungan
  • Rekod berkomputer
  • Pengurusan ubat
  • Skil klinikal

Berbalik kepada junior baru tadi, terimakasih daun keladi aku ucapkan, aku akui memang ada kelainan antara junior baru ini dengan yang lepas-lepas. Yang baru ini lebih menghargai aku dan senior-senior yang lain. Atau mungkin orientasi yang lebih sistematik membuatkan mereka lebih menghargai profession mereka ini.. Wallahua’lam..