Wednesday, 2 November 2011

Hati-hati bila buat “locum”

Aku tak pasti apa yang mendorong ramai medical staff buat locum di klinik atau hospital swasta. Adakah kerana dorongan dari mereka sendiri untuk menambah pendapatan keluarga atau permintaan tinggi yang menyebabkan pihak swasta menawarkan imbuhan lumayan kepada mereka. Apa-apa pun, aku bukan nak campur urusan mereka, tapi ada satu kejadian yang patut kita jadikan iktibar bersama-sama.

“Locum” dalam istilah asalnya ialah seseorang yang menggantikan tugas orang lain yang sama bidang secara tak tetap. Perkataan yang aku nak tegaskan disini ialah “sama bidang”. Membuat kerja orang lain yang sama bidang memang tak salah. Yang salahnya ialah membuat kerja yang tak setaraf atau tiada kelayakan dalam bidang itu.

Cerita benarnya begini, seorang MA menjalankan circumcision (khatan) semasa locum di sebuah klinik swasta. Tiba-tiba kesilapan berlaku, beliau telah terpotong terus sedikit ‘anu’nya seorang budak lelaki. Keluarga budak itu pun marah dan menyaman klinik serta MA tersebut. Kini, bukan saja MA itu terpaksa berhempas-pulas membayar saman, malah beliau telah diberhentikan kerja kerana melanggar etika seorang penjawat awam.

Aku rasa antara klinik dan MA itu, kedua-duanya salah. Bagaimana klinik itu boleh membenarkan MA menjalankan circumcision di tempatnya dan MA itu sendiri boleh menawarkan diri membuat kerja itu walaupun beliau tidak layak. Itu bukan kerja kita nak mikirkannya. Tapi nasihat aku, fikir-fikirkan lah apa-apa kerja pun yang nak kita buat.  

1 comment: